|

Fakta: Untuk Menguasai Sesuatu Bahasa Anda Perlu Memahami Makna Setiap Perkataan Yang Digunakan
Adakah Anda Sering Ketinggalan Disebabkan Lemah Dalam Penguasaan Bahasa? Gagal Menguasai Mata Pelajaran, Gagal Mendapatkan Pekerjaan,
Gagal Mendapat Kenaikan Pangkat, Gagal Mengembangkan Perniagaan, Lemah Dalam Berkomunikasi dan Berbagai Lagi...
Daripada : Yusri Dahaman
Tarikh:
Saudara/saudari yang dihormati,
Pernahkah anda menghadapi situasi terjumpa perkataan yang
tidak difahami maknanya ketika sedang melayari internet, selalu terkial-kial
mencari perkataan yang sesuai ketika sedang menyiapkan tugasan ataupun
sering ditegur oleh guru/pensyarah/ketua anda
disebabkan oleh kesilapan ejaan?
Kini anda akan dapat mengatasi semua masalah tersebut
dengan dengan adanya perisian e-kamus yang dicipta khas untuk membantu anda.
Memperkenalkan perisian e-Kamus 5.02 yang akan dapat meringankan beban tugas
anda, menjimatkan masa dan membolehkan orang lain menganggap anda sebagai
pakar!
Set e-Kamus 5.02 yang akan dihantar kepada anda
Bagaimana e-Kamus 5.02 Dapat Membantu Anda?
E-Kamus 5.02 ialah perisian kamus (dictionary software)
yang direka khas bagi membolehkan komputer anda (desktop atau laptop)
berfungsi sebagai kamus elektronik. Anda dapat mencari makna sesuatu
perkataan (Melayu, Inggeris, Cina, Arab) dengan mudah dengan cara dwiklik
tetikus ataupun menggerakkan kursor tetikus di atas perkataan yang tidak
difahami maknanya.
Setiap kali anda ingin menggunakan kemudahan kamus di
dalam komputer anda, anda hanya perlu mengaktifkan perisian e-Kamus 5.02 dan
ia akan bekerja untuk anda dan memberikan makna perkataan yang dikehendaki
dengan serta merta tanpa perlu lagi anda menyemak kamus buku yang tebal dan
menyusahkan dan membuang masa anda.
Apabila anda dwiklik tetikus atau menggerakkan kursor
tetikus, perisian e-Kamus 5.02 akan memberikan makna perkataan tersebut di
dalam tetingkap kecil di atas skrin komputer anda. Ianya mudah, selesa dan
menjimatkan masa. Demo di bawah ini dibuat ketika saya sedang melayari
internet. Anda boleh lihat sendiri bagaimana pantas dan mudahnya menggunakan
e-Kamus 5.02.
E-Kamus 5.02 juga turut dilengkapi dengan penyemak ejaan (spelling checker) Bahasa
Melayu yang dikenali sebagai Alaf Eja. Penyemak ejaan akan terpasang secara automatik semasa
anda melakukan pemasangan e-Kamus 5.02. Penyemak ejaan ini akan berfungsi membuat cadangan dan
pembetulan perkataan semasa anda menggunakan MS Words.
Apa Yang Terkandung Dalam Perisian e-Kamus?
E-Kamus 5.02 ialah perisian yang mempunyai kamus dwibahasa Inggeris-Melayu dan Melayu-Inggeris Alaf Teras
(AT). Walau bagaimanapun ia turut disertakan dengan 18 jenis kamus lain (CD dibekalkan) yang anda
boleh masukkan ke dalam perisian e-Kamus anda dengan mudah. Anda cuma perlu klik pada fungsi Add/Remove
Dictionary di dalam menu Option perisian e-Kamus 5.02 anda dan ianya akan disimpan ke
dalam perisian kamus anda.
Pada keseluruhannya, di bawah ialah jenis-jenis kamus yang akan anda dapati di dalam perisian e-Kamus
5.02 anda selepas anda melakukan pemasangan dan memasukkan kamus-kamus tambahan:
1. Kamus English-Malay (AT)
2. Kamus Malay-English (AT)
3. Kamus English-Malay (Times)
4. Kamus Istilah Matematik (DBP)
5. Kamus Dewan Edisi Ketiga (DBP)
6. Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP)
7. Kamus English-Melayu (DBP)
8. Kamus Istilah Kejuruteraan (DBP)
9. Kamus Istilah Komputer (DBP)
10. Kamus Melayu-English (KM)
11. Kamus Istilah Sains (DBP)
12. Kamus English Oxford
13. Dictionary of Medicine
14. Dictionary of Computer
15. Kamus English Peter Collin
16. Kamus Kamus Melayu Arab (asas)
17. Kamus Melayu-Cina (asas)
Apa Kelebihan Produk e-Kamus 5.02?
1. Harga Yang Tidak Membebankan
Kos untuk memiliki sebuah kamus elektronik lain
yang mengandungi kamus Bahasa Melayu di pasaran
adalah sangat mahal iaitu lebih kurang 5 kali ganda e-Kamus 5.02. E-Kamus 5.02
menawarkan perisian kamus berkualiti tinggi yang
boleh dipasang di komputer anda bagi menjadikan
komputer anda sebuah kamus elektronik pada harga
yang kurang daripada RM100.00. Tidak perlu
membeli kamus elektronik secara berasingan. Jadi anda mempunyai lebih wang untuk disimpan
atau digunakan untuk perkara lain yang lebih menjadi keperluan.
2. Carian Pantas
Enjin carian e-Kamus 5.02
adalah berkuasa tinggi membolehkan anda membuat
carian makna perkataan dengan pantas dan menjimatkan masa anda.
3. Fungsi Suara (Sebutan Perkataan)
Fungsi suara (sebutan perkataan) di dalam e-Kamus 5.02 dapat
membantu anda menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan
betul. Fungsi suara ini juga dapat membaca ayat yang
diberikan secara berterusan tanpa henti.
4. Editor Kamus
Anda boleh menggunakan editor kamus yang terdapat di
dalam e-Kamus 5.02 untuk menghasilkan kamus peribadi
anda sendiri untuk rujukan anda di masa hadapan.
5. Kamus di dalam kamus
Fungsi 'kamus di dalam kamus' yang terdapat di
dalam e-Kamus 5.02 memberikan huraian yang lengkap
tentang sesuatu perkataan.
6. Kemas kini percuma
Setiap pengguna berdaftar e-Kamus 5.02 akan mendapat
kemas kini percuma apabila edisi baru dikeluarkan. Sila lawati
laman ahli dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat.
7. Berintegrasi dengan MS Words 2007 dan sesuai untuk
sistem pengoperasian Windows terkini.
Perisian e- Kamus 5.02 adalah
sesuai untuk digunakan untuk Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.
Pemasangan dan Pendaftaran e-Kamus 5.02
Pemasangan e-Kamus 5.02 adalah sangat mudah kerana ia menggunakan fungsi
autorun komputer anda. Hanya beberapa kali klik sahaja e-Kamus 5.02 anda
sudah siap sedia untuk digunakan. Selepas selesai pemasangan anda perlu
mendaftarkan perisian e-Kamus 5.02 anda melalui email ataupun SMS.
Panduan pendaftaran ditunjukkan di dalam buku panduan yang disertakan bersama
perisian e-Kamus 5.02 anda. Pendaftaran adalah percuma.
Sila
dapatkan e-Kamus 5.02 anda sekarang daripada
kami. Harga RM90.00 adalah termasuk kos
dan caj penghantaran. Harga 1 Malaysia yang
dijamin adil untuk semua! Tiada perbezaan harga
di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Klik butang tempahan di bawah!

Produk kami
adalah tulen!
Walaupun e-Kamus
5.02 mempunyai ciri keselamatan yang ketat dan
tidak dapat dijiplak sewenang-wenangnya, namun
terdapat beberapa produk perisian kamus di
pasaran yang mempunyai ciri-ciri luaran yang
hampir serupa seperti dalam penggunaan nama dan
pembungkusan. Anda diminta berhati-hati ketika
membuat pembelian di luar sana agar tidak
terbeli produk yang rendah kualitinya dan gagal
berfungsi.
Alaf Teras
mempunyai pengalaman yang luas dalam pengeluaran
perisian e-Kamus. Alaf Teras telah mengeluarkan
e-kamus sejak tahun 2000 lagi bermula dengan e-Kamus
Versi Nusantara dan saya menjadi pengedar sejak tahun
2004 bermula dengan e-Kamus Versi 5.01 manakala
E-Kamus-Malaysia.com pula mula beroperasi sejak
1 Jun 2005.
E-Kamus 5.02 Alaf
Teras adalah berdaftar dengan Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
serta mempunyai pelekat "Tulen" KPDNKK.

Produk e-Kamus yang anda beli daripada E-Kamus-Malaysia
adalah dijamin tulen dan berkualiti tinggi.
Setiap unit mempunyai nombor siri yang berlainan
dan disertakan dengan surat jaminan.
Selain daripada itu produk perisian e-Kamus 5.02
juga mendapat pengiktirafan daripada badan-badan
dan institusi pendidikan di Malaysia. Berikut
adalah surat-surat sokongan yang pernah diterima
untuk perisian e-Kamus 5.02.
Fungsi Terkini !!!
E-Kamus 5.02 kini dilengkapi dengan desktop
translator. Anda dapat lihat terjemahannya
adalah lebih baik berbanding dengan Google Translate. Klik gambar
di bawah untuk gambar yang lebih besar.
Ya! Produk Berkualiti
Yang Bukan Senang Hendak Cari Di Pasaran. Tidak
Terdapat Di Kedai Buku.
Segera dapatkan e-Kamus untuk kemudahan anda.
Klik butang di
bawah ini sekarang !

|