| |||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() ![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Bagaimana Memanfaatkan e-Kamus?
Di bawah ini adalah beberapa cadangan daripada saya bagaimana anda boleh memanfaatkan penggunaan e-Kamus:
Gunakan e-Kamus sebagai alat bantuan pembelajaran Bahasa InggerisKuasai Bahasa Inggeris melalui kaedah pembacaan. Membaca merupakan cara yang paling cepat dan berkesan untuk anda mempelajari sesuatu bahasa. Membaca berita, artikel dan sebagainya di dalam Bahasa Inggeris adalah lebih mudah dengan bantuan e-Kamus. Tingkatkan pengetahuan anda tentang apa saja bidang yang anda minati dengan membaca bahan-bahan bermutu dari dalam internet dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris anda dengan bantuan perisian kamus e-Kamus.
Gunakan e-Kamus sebagai alat rujukan ejaan Bahasa MelayuElakkan kesilapan ejaan Bahasa Melayu semasa anda menaip surat dan sebagainya dengan bantuan e-Kamus untuk mendapatkan hasil yang profesional. Elakkan kesilapan ejaan semasa anda menyediakan minit mesyuarat, risalah perniagaan dan sebagainya untuk mengelakkan anda dimarahi oleh bos anda hanya disebabkan oleh kesilapan yang kecil. Tingkatkan kepercayaan bos anda kepada anda dengan bantuan e-Kamus. Setiap pembelian e-Kamus juga akan mendapat penyemak ejaan Bahasa Melayu secara percuma di dalam Ms Words dengan keupayaan yang terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Manfaatkan penggunaan e-Kamus dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.Jika anda merupakan seorang guru atau pelajar yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris serta sudah terbiasa dengan istilah di dalam Bahasa Melayu, tingkatkan kecekapan anda dengan istilah baru sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dengan bantuan e-Kamus. E-Kamus mempunyai menu khas untuk anda membuat carian istilah sains dan matematik dengan pantas.
Gunakan e-Kamus sebagai alat bantuan untuk melancarkan penyediaan tugasan anda serta untuk mencari bahan tugasan di dalam Bahasa InggerisJika anda merupakan seorang pelajar IPT, manfaatkan penggunaan e-Kamus untuk membantu anda menjiimatkan masa dan tenaga anda di dalam menyediakan dan menyiapkan tugasan matapelajaran anda. Gunakan perisian kamus ini untuk melancarkan kerja- kerja anda sama ada semasa mencari bahan ataupun untuk mendapatkan makna semasa membuat karangan. E-Kamus mungkin menjadi pelaburan kecil yang amat efisyen untuk masa depan anda.
Hadiahkan e-Kamus kepada mereka yang istimewaE-Kamus juga boleh dijadikan hadiah istimewa kepada seseorang. Anda boleh hadiahkan e-Kamus kepada anak-anak anda di atas kejayaan dalam pelajaran dan sebagainya. Kamus ini amat mudah digunakan oleh sesiapa sahaja termasuk anak anda. Pastinya mereka akan gembira menerimanya serta menjadi pendorong untuk mereka terus maju. Anda juga boleh hadiahkan kepada teman rapat anda yang berminat untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Pastinya perisian kamus ini akan menjadi pemberian yang bermanfaat untuk mereka.
Dapatkan e-Kamus Dengan Harga Hanya RM90.00 Sekarang
Bagaimana anda boleh berjimat dengan E-Kamus Malaysia?
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Laman Utama
| Manfaat
| Jimat
| Panduan
| Pemasangan
| Pesanan
| Jadi Affiliate
| Imej Tetingkap
| Surat Sokongan
| Hubungi Kami
| Soalan Lazim
| Laporan Akhbar
| Peluang Pendapatan
| Peta Tapak
| Tukar Link
| Letak Link Anda
| Direktori Web
| Web Link
Malaysia
| Artikel Percuma
| Iklaniaga
| Belajar Bahasa Arab
| Belajar Bahasa Inggeris
Hakcipta Terpelihara ©2006 E-Kamus-Malaysia.com
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||