|
Info Terkini E-Kamus-Malaysia
E-Kamus-Malaysia di Facebook
-->> 26/12/2010 [13:48:14]
E-Kamus-Malaysia support page kini berada di Facebook untuk kemudahan anda. Anda boleh melihat maklumat terkini dan juga status tempahan di Facebook E-Kamus-Malaysia iaitu http://www.facebook.com/pages/E-Kamus-Malaysiacom/122512691148150
E-Kamus dan Windows 7
-->> 26/12/2010 [13:46:02]
E-Kamus 5.02 kini adalah sesuai untuk Windows 7.
Artikel Promosi Untuk Ahli Afiliasi
-->> 28/01/2010 [21:11:45]
Artikel promosi telah dimasukkan di ruangan afiliasi bagi membolehkan ahli afiliasi menggunakannya untuk menghantar artikel/catatan di laman web atau blog.
Windows 7
-->> 28/01/2010 [08:20:44]
E-Kamus 5.02 adalah serasi Windows 7 (32 bit).
Panduan Promosi dan Banner Untuk Promosi
-->> 28/01/2010 [08:16:37]
Saya telah memasukkan panduan promosi di halaman afiliasi untuk membantu afiliasi melakukan promosi dengan lebih berkesan. Banner-banner iklan juga telah dikemaskini dengan meletakkan banner-banner baharu.
Pembetulan Pautan Muat Turun di Halaman Afiliasi
-->> 26/01/2010 [01:23:54]
Saya telah membuat pembetulan pautan muat turun di halaman afiliasi. Saya telah membuat pautan terus kepada fail muat turun berbanding dengan menggunakan skrip sebelum ini ekoran terdapat rungutan daripada afiliasi sebelum ini yang gagal memuat turun percuubaan e-Kamus mereka.
Peringatan Untuk Para Pelanggan
-->> 24/11/2009 [11:49:04]
Sukacita diingatkan kepada semua pelanggan supaya menghantar maklumat transaksi bayaran supaya tempahan anda dapat diproses. Sila gunakan Borang Pengesahan Bayaran yang disediakan. Para pelanggan boleh klik pada pautan dalam halaman yang muncul selepas mengisi borang pesanan ataupun pautan dalam email yang dihantar oleh sistem selepas menghantar borang pesanan untuk sampai kepada Borang Pengesahan Bayaran.
Afiliasi Kini Boleh Muat Turun e-Kamus
-->> 25/10/2009 [21:08:15]
Ahli afiliasi E-Kamus-Malaysia kini boleh memuat turun perisian e-Kamus 5.02 untuk percubaan. Ini akan memberikan peluang kepada ahli afiliasi untuk mencuba sendiri perisian e-Kamus 5.02. Perisian ini boleh digunakan sebanyak 10 kali buka dan tutup program.
Penambahbaikan Halaman Pesanan
-->> 15/10/2009 [19:00:31]
Halaman pesanan telah dibuat penambahbaikan. Terdapat 2 peringkat untuk membuat pesanan (pembelian). Peringkat pertama pengguna diminta mengisi maklumat umum, peringkat kedua pula ialah pengguna perlu memasukkan maklumat pembayaran serta membuat pengesahan. Pengguna akan menerima e-mel setiap kali borang dihantar dan seterusnya e-mel makluman mengenai status pembelian. Proses penambahbaikan halaman pesanan ini merupakan satu pengalaman menarik kepada saya sebagai seorang pengelola laman web dan saya percaya ia juga akan menjadi satu pengalaman menarik kepada pelawat laman ini yang menggunakannya.
Pelancaran Laman Baharu E-Kamus-Malaysia
-->> 13/10/2009 [20:21:34]
Laman baharu E-Kamus-Malaysia telah dimuat naik ke pelayan web pada 13.10.2009 jam 8.00 malam. Ini bagi menggantikan laman lama yang telah beroperasi selama hampir 5 tahun.
Sehubungan dengan itu juga skrip afiliasi E-Kamus-Malaysia yang gagal berfungsi telah turut diperbaharui.
Saya mengharapkan laman baharu yang padat dan ringkas ini dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan kepada pengunjung E-Kamus-Malaysia.
Kepada anda yang berminat berkongsi pendapatan dengan saya, dijemput untuk menyertai Program Afiliasi E-Kamus-Malaysia.
-Yusri
|