Laman Utama | Manfaat | Jimat | Panduan | Pesanan | Hubungi | Pemasangan | Peta Tapak | Affiliate
 

 

 

Panduan Penggunaan e-Kamus

 

 

Kaedah pencarian makna dalam e-Kamus boleh dibahagikan kepada empat cara seperti dalam rajah di bawah:


KAEDAH MENAIP:

 

Pencarian Automatik

 

Sebelum kaedah ini boleh digunakan, pastikan menu 'AUTO SEARCH' telah diaktifkan.

Caranya, klik butang 'OPTION' dan klik pada menu 'AUTO SEARCH'.

 


Setelah pencarian automatik diaktifkan, taip perkataan di dalam kotak pencari 'SEARCH BOX'. Hasil pencarian akan disenaraikan dalam kotak senarai perkataan (WORD LIST) mengikut ejaan dasar (ROOT). Kotak senarai perkataan tidak akan muncul sekiranya huruf yang ditaip kurang daripada tiga huruf. Sekiranya perkataan yang anda taip mempunyai dua huruf sahaja, anda hanya perlu menekan kekunci 'ENTER' untuk mendapatkan keterangan bagi perkataan tersebut. Anda boleh melihat penjelasan bagi makna perkataan yang disenaraikan pada kotak senarai perkataan (WORD LIST) dengan menekan kekunci kursor ke bawah (ARROW DOWN) dan kursor ke atas (ARROW UP).
 


Sekiranya anda ingin menghilangkan kotak senarai perkataan (WORD LIST) bagi perkataan yang dicari, sila tekan kekunci 'ENTER'. Untuk melihatnya sekali lagi, tekan semula kekunci 'ENTER' dan gunakan kekunci kursor untuk melihat penjelasan makna perkataan yang seterusnya.

Setelah selesai proses pencarian dan ingin memulakan pencarian yang baru, tekan kekunci lepas (ESCAPE). Perkataan yang terdapat pada kotak pencari dan kotak penjelasan akan kembali kosang sebaik sahaja anda menekan kekunci lepas (ESCAPE) ini.
 


Salin dan Tampal (COPY AND PASTE)

Anda boleh menyalin dan menampal (COPY AND PASTE) penjelasan makna yang terdapat pada kotak penjelasan. Bagi proses menyalin, anda hanya perlu klik kanan butang tetikus anda dan pilih menu 'SELECT ALL'. Pada masa itu semua perkataan yang terdapat pada kotak penjelasan akan ditonjolkan (HIGHLIGHT).

Klik butang tetikus kanan sekali lagi dan pilih menu 'COPY'. Setelah itu, anda boleh menampal (PASTE) pada mana-mana aplikasi yang menyokongnya seperti pada ‘Word Processor’.

Mencetak

Anda juga boleh mencetak hasil pencarian dengan cara klik pada butang 'OPTION' dan klik pada menu 'PRINT'. Pastikan pencetak (PRINTER) anda telah dipasang ketika itu.
 

 

Pencarian Dengan Simbol

 

Pencarian dengan simbol (?) adalah kaedah lanjutan (advance) daripada pencarian automatik. Ada kalanya pencarian automatik tidak memberi keputusan yang tepat dalam pencarian makna bagi satu-satu perkataan.

Sebagai contoh, anda ingin mencari perkataan "makan". Kalau menggunakan kaedah automatik, anda akan melihat makna bagi perkataan makan dan makanan. Makna bagi perkataan pemakanan, pemakan dan termakan, tidak akan ditonjolkan dalam pencarian automatik.

Sebelum kaedah ini boleh digunakan, pastikan menu 'AUTO SEARCH' dipadamkan. Caranya, klik butang 'OPTION' dan klik pada menu 'AUTO SEARCH'dan buang tanda 'tick'.

Tanda (?) boleh diletakkan pada lima bahagian:

1. Di kiri

2. Di tengah

3. Di kanan

4. Di kiri dan kanan

5. Di kiri, tengah dan kanan

Misalnya perkataan "aba". Anda boleh menaip "?aba", "aba?", "ab?a", "?aba?" dan “?ab?a?”. Anda akan melihat hasil pencarian yang berbeza apabila anda menggunakan kaedah ini.

Sebenarnya pencarian automatik menggunakan hanya satu daripada lima kaedah di atas, iaitu kaedah simbol (?) di bahagian kanan. Oleh sebab itu, kaedah pencarian dengan simbol (?) berbeza dengan pencarian automatik kerana hasil pencarian adalah lebih terperinci. Keputusan pencarian disenaraikan dalam kotak senarai. Gunakan kekunci kursor di bawah (ARROW DOWN) dan kursor di atas (ARROW UP) untuk melihat penjelasan bagi setiap perkataan yang disenaraikan. Sama seperti pencarian automatik, anda juga boleh menyalin (COPY) dan mencetak (PRINT) penjelasan yang dipaparkan pada kotak penjelasan.

Kamus kecil (Small Dictionary) pada kotak penjelasan.

Terdapat satu fungsi tambahan yang agak menarik pada kotak penjelasan iaitu kamus kecil. Kamus kecil adalah sebahagian daripada teknologi 'MOUSE MOVE' dan 'DOUBLE CLICK' yang terdapat pada e-Kamus 5.02. Ia boleh memberi penjelasan yang lebih terperinci sekiranya e-Kamus anda dipasang dengan pelbagai kamus tambahan. Kaedah menggunakannya adalah cukup mudah. Caranya, klik dua kali (Double Click) pada perkataan yang terdapat pada kotak penjelasan dan makna bagi perkataan tersebut akan dipamerkan di dalam kotak penjelasan pada kamus kecil. Contohnya, anda menggunakan kamus English-Malay. Makna pencarian akan dipamerkan dalam Bahasa Melayu. Sekiranya 'TEXT CAPTURE DICTIONARY' disetkan pada kamus Bahasa Melayu, maka penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkataan tersebut akan dipamerkan pada kotak kamus kecil. Apabila anda klik dua kali (Double Click) pada perkataan yang terdapat pada kotak penjelasan, kamus kecil akan muncul. Untuk menghilangkan kotak kamus kecil, klik pada butang (X).
 


TEXT CAPTURE (Menggunakan Tetikus):

 

Mouse Move

 

 

Apabila 'MOUSE MOVE MODE' dipilih, anda hanya perlu meletakkan kursor tetikus (MOUSE CURSOR) pada perkataan yang terdapat di skrin. Tempoh yang diambil adalah dua saat untuk sistem e-Kamus mengimbas perkataan tersebut. Perkataan yang diimbas akan diterjemahkan kepada bentuk penjelasan oleh enjin pencari e-Kamus. Anda boleh menggerakkan kursor tetikus ke mana saja. Apabila kursor tetikus berhenti di atas perkataan, sistem e-Kamus akan mengimbas perkataan tersebut untuk diterjemahkan kepada makna sekiranya anda tidak menggerakkannya dalam masa dua saat.

 

Jika anda meletakkan kursor tetikus pada perkataan yang terdapat di skrin, tetapi makna perkataan itu tidak muncul, maka anda perlu menggerakkan kursor tetikus anda sekali lagi bagi memastikan 'MOUSE MOVE' itu berfungsi. Berikut adalah kaedah yang digunakan oleh 'MOUSE MOVE' untuk mengimbas perkataan:

1. Apabila anda gerakkan kursor tetikus untuk kali pertama pada aplikasi terpilih. Pada peringkat ini 'MOUSE MOVE' tidak akan mengimbas sebarang perkataan kerana sistem ini baru mengenal objek.

2. Apabila anda gerakkan kursor tetikus untuk kali kedua pada aplikasi terpilih. Pada peringkat ini sistem akan mula mengimbas perkataan yang terdapat di bawah kursor tetikus apabila kursor tetikus berhenti dalam tempoh dua saat.
 


TETINGKAP MOUSE MOVE

Tetingkap 'MOUSE MOVE' akan hilang apabila anda menggerakkan tetikus anda pada bahagian yang tiada perkataan. Sekiranya penjelasan terlalu panjang dan anda ingin menatalnya (SCROLLING), anda perlu mengklik pada kotak penjelasan bagi mematikan fungsi 'MOUSE MOVE' untuk seketika. Klik butang (X) untuk mengaktifkannya semula.



Keadaan-keadaan di mana "MOUSE MOVE" tidak berfungsi

1. ‘MOUSE MOVE’ tidak berfungsi pada sistem operasi Windows 95, 98 dan ME. Ia juga tidak akan berfungsi pada Windows 2000, 2003 dan XP yang menggunakan akaun terhad (User Account).

2. ‘MOUSE MOVE’ tidak akan mengimbas perkataan dalam PDF file di mana failnya berakhir dengan '.pdf’.

3. ‘MOUSE MOVE’ tidak akan mengimbas perkataan yang terdapat di dalam fail grafik yang merangkumi fail '.gif', '.jpeg', '.jpg', '.png', '.bmp' dan semua fail yang berasaskan imej.
 

 

Kaedah Double Click

 

Kaedah 'DOUBLE CLICK' adalah hampir sama dengan kaedah 'MOUSE MOVE'. Bezanya ialah pengguna perlu 'DOUBLE CLICK' pada perkataan yang hendak diketahui maknanya. Tiada tempoh untuk sistem 'DOUBLE CLICK' mengimbas perkataan. Sebaik sahaja anda 'DOUBLE CLICK' pada perkataan yang terdapat di skrin, makna atau penjelasan bagi perkataan tersebut akan muncul. Kelebihan sistem 'DOUBLE CLICK' adalah, sistem ini boleh berfungsi pada semua aplikasi yang berasaskan teks. Ia juga berfungsi pada semua sistem operasi Windows 95, 98, ME, 2000, 2003 dan XP.

 

 


 

TETINGKAP DOUBLE CLICK


Tetingkap 'DOUBLE CLICK' akan hilang apabila anda mengklik butang kiri tetikus. Sekiranya penjelasan terlalu panjang dan anda ingin menatalnya (SCROLLING), anda perlu klik pada kotak penjelasan bagi mematikan fungsi ‘DOUBLE CLICK’ untuk seketika. Klik butang (X) untuk mengaktifkannya semula.



Double Click Tidak Berfungsi Pada Fail Berikut:


1. Tidak akan mengimbas perkataan yang terdapat pada fail imej.

2. Tidak akan mengimbas perkataan pada fail bantuan yang mempunyai fail akhiran '.hlp'.

Pada e-kamus 5.02, kamus yang digunakan oleh sistem pengimbas boleh disetkan secara berasingan dengan sistem induk. Melalui kaedah ini anda mempunyai dua enjin pencari yang boleh bekerja serentak dalam sistem e-Kamus.

Anda boleh setkan kamus untuk 'TEXT CAPTURE' dengan mengklik butang 'OPTION' dan klik pada 'TEXT CAPTURE DICTIONARY'. Pilih kamus yang diingini daripada senarai kamus.
 


TIP & TRIK

1. Untuk tidak mengganggu anda ketika menggunakan fungsi 'TEXT CAPTURE' ini, sila tutup kamus induk.

2. Matikan fungsi 'TEXT CAPTURE' sekiranya anda tidak mahu menggunakannya untuk jangka masa yang panjang.

3. Setkan 'WINDOWS TASKBAR' kepada 'ALWAYS ON TOP' bagi memudahkan anda mencapai kamus pada bila-bila masa.

4. Sekiranya anda ingin meletakkan kursor tetikus anda pada ‘hyperlink’ atau menu, untuk mengelakkan ‘TEXT CAPTURE’ aktif, sila klik pada kotak penjelasan dan gerak ke tepi. Jika anda ingin menggunakannya kembali, sila klik pada butang (X).
 

 

 

Ke Halaman Pesanan

 

Logo E-Kamus-Malaysia (EKM)


Site Search by FreeFind

Beritahu Kawan



e-Kamus Versi 5.01

Keperluan Sistem: Windows® 98 / ME / XP / NT / 2000

Menu

Sertai Mailing List EKM

E-Mel Anda :

Nama Anda :


 

Encik Yusri, nama saya Anita. Saya bekerja sebagai seorang setiausaha di sebuah syarikat swasta. Sebelum mempunyai perisian e-Kamus, saya selalu ditegur oleh bos saya dan kadang-kadang kena marah disebabkan kesilapan ejaan yang saya lakukan ketika menyediakan minit mesyuarat. Memang patut pun saya kena marah, kerana kesilapan ejaan dalam surat menyurat boleh menjejaskan nama baik syarikat. Bagi pada typist, dia pula membuta tuli terus saja taip ikut apa yang saya tulis, mana tak salahnya. Inilah membuatkan saya tercari-cari perisian penyemak ejaan Bahasa Melayu di pasaran, tetapi tidak ada. Keadaan ini berterusan sehinggalah saya terbaca iklan En. Yusri mengenai e-Kamus 3 bulan lepas dan terus beli. E-kamus memang banyak membantu saya pada masa sekarang. Bos pun sudah mula puji dengan improvement yang ada pada saya sekarang. Apa lagi yang lebih membanggakan dari dipuji oleh seorang bos?
Anita - Kulim

 


Reload and Get Paid