c Laman Utama | Manfaat | Jimat | Panduan | Pesanan | Hubungi | Pemasangan | Peta Tapak | Affiliate | Link
 

 

Soalan-soalan Lazim

 

Sila lihat soalan-soalan lazim yang biasa dikemukakan oleh pelawat laman EKM sekiranya masih terdapat perkara yang belum jelas tentang e-Kamus dan juga laman E-Kamus-Malaysia.

 

Soalan

 

1. Apakah e-Kamus ?

 

2 . Saya telah membuat carian perkataan menggunakan bar carian dan borang di laman web anda, tetapi makna perkataan yang dicari tidak muncul. Kenapa?

 

3. Bolehkah anda menghantar dahulu e-Kamus kepada saya? Saya akan membuat bayaran selepas penerimaan barangan.

 

4. Adakah wang saya selamat jika saya membuat bayaran dahulu kepada anda?

 

5. Adakah saya boleh menghantarkan wang tunai kepada anda?

 

6. Adakah selamat membuat bayaran dengan kad kredit melalui laman web?

 

7. Kenapa kad kredit saya dicaj lebih RM3 daripada harga e-Kamus yang anda jual?

 

8. Bagaimanakah cara anda memproses pesanan yang dibuat?

 

9. Berapa lamakah saya akan terima e-Kamus saya selepas anda membuat penghantaran.

 

10. Apa perlu saya buat jika masih tidak menerima e-Kamus yang saya pesan selepas 14 hari?

 

 


 

 

Soalan dan Jawapan

 

1. Apakah e-Kamus?

 

e-Kamus adalah merupakan produk perisian kamus elektronik yang menggabungkan isi kandungan dari berbagai bidang dan sumber.

Ke atas

 

2. Saya telah membuat carian perkataan menggunakan bar carian dan borang di laman web anda, tetapi makna perkataan yang dicari tidak muncul. Kenapa?

 

e-Kamus tidak menawarkan perkhidmatan mencari makna perkataan dalam talian ataupun online. Untuk menggunakan e-kamus anda mesti memasang (install) e-Kamus ke dalam komputer anda. Anda boleh memuat turun program demo (percubaan) e-Kamus Versi Pelajar untuk melihat bagaimana e-Kamus berfungsi. Muat turun boleh dibuat di laman utama laman tapak web ini. Bar carian dan sebarang borang di laman web ini bukan bertujuan membolehkan anda menggunakan kamus secara online. Ia untuk memudahkan anda mencari isi kandungan laman web ini sahaja.

Ke atas

 

3. Bolehkah anda menghantar dahulu e-Kamus kepada saya? Saya akan membuat bayaran selepas penerimaan barangan.

 

Kami tidak menyediakan perkhidmatan COD (Cash On Delivery). Sebarang pesanan yang dibuat mestilah disertakan dengan bayaran.

Ke atas

 

4. Adakah wang saya selamat jika saya membuat bayaran dahulu kepada anda?

 

EKM dibangunkan untuk memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan e-Kamus secara mudah dengan menyediakan kemudahan penghantaran melalui pos. Amalan Bayar Dahulu Baru Terima diterima pakai untuk perkhidmatan gaya pos dan e-dagang di seluruh dunia dan bukannya satu perkara baru. Saya tidak akan bersusah payah membangunkan laman web ini dengan kos penyelenggaraannya berjumlah ribuan ringgit hanya untuk menipu tujuh lapan puluh ringgit duit anda. Jangan jatuhkan air muka saya. Tepuk dada tanyalah selera.

Ke atas

 

5. Adakah saya boleh menghantarkan wang tunai kepada anda?

 

Anda dinasihatkan jangan sekali-kali menghantarkan wang tunai melalui pos walaupun menggunakan pos berdaftar. Pos Malaysia tidak membenarkan perkara ini untuk keselamatan wang anda. Saya juga tidak akan bertanggung jawab sekiranya wang tunai yang anda hantar hilang.

Ke atas

 

6. Adakah selamat membuat bayaran dengan kad kredit melalui laman web?

 

Selamat atau tidak pembayaran kad kredit anda di laman web bergantung kepada bagaimana atau di mana anda menggunakannya. Anda dinasihatkan tidak membuat bayaran melalui kad kredit kepada sumber yang tidak dikenal pasti. Anda perlu tahu kepada siapa anda bayar dan melalui siapa anda bayar. Jangan sesekali melayani sebarang e-mel yang meminta anda mendedahkan nombor kad kredit anda. Satu fakta yang perlu anda tahu ialah semua perkhidmatan perbankan dan kewangan dalam talian di seluruh dunia tidak sama sekali akan meminta anda melakukan transaksi di dalam e-mel. Anda perlu ke laman web institusi tersebut sekiranya ingin melakukan transaksi. Transaksi anda akan dilakukan di dalam secured site.

 

EKM menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga iaitu PayPal (bukan PayPall) yang merupakan anak syarikat dan juga pengendali pembayaran untuk eBay yang mempunyai modal berbayar berbillion ringgit.

Ke atas

 

7. Kenapa kad kredit saya dicaj lebih RM3 daripada harga e-Kamus yang anda jual?

 

Sebenarnya RM3 yang lebih itu adalah merupakan caj perkhidmatan sebanyak $0.80 USD yang dikenakan oleh PayPal yang terpaksa diserap oleh anda. Anda tidak rugi kerana kos penghantaran e-Kamus anda bernilai RM5.00 seunit sebenarnya ditanggung oleh saya.

Ke atas

 

8. Bagaimanakah cara anda memproses pesanan yang dibuat?

 

Pesanan akan dihantar selepas pengesahan bayaran diterima daripada anda. Untuk pesanan kuantiti kecil saya akan menggunakan PosEkspres. Untuk bungkusan saya akan menggunakan PosLaju atau perkhidmatan kurier lain.

Ke atas

 

9. Berapa lamakah saya akan terima e-Kamus saya selepas anda membuat penghantaran.

 

Biasanya penghantaran akan mengambil masa 2 atau tiga hari dikira dari hari penghantaran dibuat bergantung kepada lokasi anda.

Ke atas

 

10. Apa perlu saya buat jika masih tidak menerima e-Kamus yang saya pesan selepas 14 hari?

 

Anda boleh menghubungi saya melalui e-mel menggunakan contant form yang disediakan ataupun melalui telefon dengan memberikan maklumat-maklumat yang berkaitan supaya saya dapat mengesan pembayaran yang anda telah buat.

Ke atas